Monday, January 11, 2016

Friends since Primaryschool ♥

StudioChentaManis

             Assalamualaikum w.b.t. Okay, peoples in the pictures above are my bestfriends since primary school.  First aku nak kenalkan nama diaorang. From your left, Nur Fasihah, Anis Madihah, Nur Sabihah and Fatin Fariha. Nama yang belakang sekali semua 'hah' hahaha. Kitaorang semua kenal dan mula jadi geng sekepala nakal masa darjah 3. Seriously memang rindu gila moment moment sekolah rendah. Rehat sama sama, makan sama sama, pergi library sama sama, buat rombongan ke tandas and so on. Then, sampai darjah 6 masih keep in touch even aku kelas first 6Aktif, Anis kelas second 6Bestari, Sabihah pindah sekolah waktu darjah 6 atas sebab sebab tertentu and Fatin pindah sekolah jugak since darjah 5. 
           Okay, the end untuk cerita masa sekolah rendah. Masuk je tahun 2011, kita semua masuk ke alam baru iaitu alam sekolah menengah. Biasalah kalau waktu form 1 selekeh selekeh tu. Hahaha. Waktu masuknya tahun 2011, semua dah ke haluan masing masing. Kita semua tak sama sekolah. Empat empat ni lain sekolah. Memang sangat sangat jarang jumpa. Nak kata lost contact tu ye. Tapi number still save. Then, year by year zaman makin moden and kita semua budak baru nak up 'terjumpa' lah satu teknologi moden iaitu smartphone. Time tu terkenal dengan whatsapp then create whatsapp lepastu terjumpa lah whatsapp sorang sorang ni. Mula lah contact semula kabo rindu la, bila nak jumpa and so on. 
             Aku teringat waktu year-end 2012, time tu kita semua form 2 otw nak ke form 3 untuk tahun berikutnya. Waktu year-end 2012 kita semua buat reunion SKBR batch98 untuk kelas 6A je tak silap aku. So Anis & Fatin tk join. Itu last aku rasa kita semua berhubung then semua lenyap kembali. Sampai lah kita semua habis SPM15 tahun lepas, bulan December tu trus contact semula empat empat ni. Siap create group "SAHABAT" even dah pernah create then entah cemana group tu hilang hahahaha and ada juga group untuk SKBR batch98. Gambar yang kat atas tu diambil pada hari Khamis, 31 December 2015. Betul betul gambar terakhir tahun 2015. Memang dah rancang nak hangout empat orang ni je no one else and finally mission completed! 
              Now, dah masuk 2016. Alhamdullillah semua sahabat still bernafas and panjang umur. Alhamdullillah. Cepat sungguh masa berlalu. Aku and Anis sedang tanam anggur while waiting our result SPM. Tapi Anis ada dekat Selangor ambil test drive. Mudah mudahan batch98 dapat keputusan yang cemerlang on 3 March 2016. Keep praying guys. Sabihah still study dia sambung STAM and Fatin still study jugak sebab dia sekolah TEKNIK. Okay, the end. May Allah bless who reading this all the times! Ameen.

If a friendship lasts longer than 7 years, psychologists say it will last a lifetime

9 years & still counting

Monday, November 2, 2015

S P M ♥



May Allah ease everythings.

     Saya doakan Nur Fasihah binti Mohamad Nor dapat menjawab kertas peperiksaan SPM yang sebenar  pada 2 November 2015 sehingga 26 November 2015 dengan tenang dan lancar. Semoga Nur Fasihah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2015. Mudah mudahan Nur Fasihah mendapat keputusan 9A+ SPM 2015. Aminn♥

#Accountancy 

Sunday, October 4, 2015

Friendship ♥

Is a bright star in the dark sky of life.

Janganlah kau menangis kerana aku kan selalu ada. 
Jika kita berpisah engkau takkan pernah ku lupa. 

Oh kawanku, ku akan tetap merinduimu,
Walau jauh kau pergi meninggalkan ku,
Riang tawamu, senyum manjamu,
Akan selalu terpahat di dalam hati sanubariku,
Oh kawanku, ingatlah daku dalam doamu,
Moga engkau kan sentiasa sihat selalu,
Janganlah ragu, janganlah pilu,
Kerna aku selalu sayang padamu ♥

Semoga berjaya sahabat seperjuangan spm.